Monday 23 April 2012

Bahaya Menanti!


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berhati-hati jika anda melalui jalan menuju ke Gate 3 Laguna Merbok kerana terdapat dahan pokok Rhu yang patah di tepi jalan. Dah seminggu dahan itu dibiarkan sahaja seperti foto di atas (bertanda kon).

Siapa yang bertanggungjawab untuk memindahkan dan membersihkan jalan tersebut?

Jangan tunggu dah berlaku kemalangan baru nak bertindak.

Thursday 12 April 2012

Malaysia Tarik Balik Nasihat Amaran Tsunami.


KUALA LUMPUR 12 April — Amaran tsunami yang dikeluarkan bagi negeri Perlis, Kedah termasuk Langkawi, Pulau Pinang dan Perak telah ditarik balik pada pukul 10 semalam, kata Jabatan Mateorologi Malaysia (JMM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JMM memaklumkan bahawa nasihat itu dikeluarkan pada pukul 6.55 malam berikutan gempa bumi berukuran 8.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia.

Terdahulu, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran pada pukul 4.50 petang Rabu berikutan kejadian gempa bumi itu.

JMM turut mengeluarkan amaran kepada penduduk di negeri berkenaan supaya menjauhi kawasan pantai ekoran kemungkinan gempa bumi itu mengakibatkan tsunami. — BERNAMA

Wednesday 11 April 2012

Jauhi Kawasan Pantai!


SINGAPURA 11 April – Tsunami setinggi 17 sentimeter dilaporkan di Lautan Hindi dan menuju wilayah Aceh, Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda luar pantai Sumatera, hari ini.

Gempa bumi kuat itu mengakibatkan penduduk yang ketakutan bertempiaran lari menyelamatkan diri. - REUTERS

Sumber: Utusan online