Dalam kehidupan berjiran, kita digalakkan tolong-menolong antara satu sama lain. Walaupun hidup di bandar tidak sama seperti hidup di kampung, namun amalan gotong-royong masih boleh diamalkan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah menyertai aktiviti yang dijalankan oleh komuniti, menyumbangkan tenaga atau wang ringgit untuk menjayakan aktiviti tersebut atau memberi sokongan moral kepada ahli-ahli dalam komuniti dan melawat serta membantu jiran-jiran yang sakit atau memerlukan pertolongan.
Bak kata pepatah "yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing."